loading...

Anak Menangis, Mengamuk Nak Telefon, Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta!

Satu hal yang membuatkan mama papa rungsing tapi tak mampu nak bertindak cara bagaimana adalah perihal masalah telefon bimbit pada anak. Menangis, mengamuk dan meronta-ronta antara perkara biasa setiap kali tidak diberikan telefon. Pening dibuatnya.

Sudahnya mama dengan rela hati, bagi saja pada anak. Redha dan pasrah. Itu sahaja yang termampu.

Tip paling mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan ni boleh mama papa cuba. Betul katanya, memang tak salah. Cuba!


3 hari ini hampir 15 orang WhatsApp saya tanya bagaimana untuk elak anak dari mengadap HP? Jawapan saya paling mudah dan semua orang boleh buat. Saya dah buat kesannya HP kat sebelah pun anak tak layan.

Mudah sangat-sangat, langkah pertama JANGAN BAGI ANAK HP. HP itu bukan macam kucing boleh melompat lompat nak bermanja duduk atas peha. Yang jadi masalah apabila anak minta, buat muka sedih terus kita bagi.

Kedua jangan main HP depan anak. Sebolehnya jangan bagi anak nampak HP dalam seminggu atau sebulan. Bagi anak tu mengadap muka kita, lari guling-guling dengan kita sehinggakan dia rasa tak boleh tak peluk cium kita.

Anak nak main HP sebab dia anggap HP lebih baik dari kita. HP dapat beri bahagia, buatkan mereka tertawa dan peneman hidup mereka.

Tapi beberapa orang jawab. “Tak boleh la buat dua tips ini nanti dia ganggu saya buat kerja, melalak menangis nak HP juga. Jika tak bagi nanti mogok tak nak makan, saya ini hati tisu”.

Saya diam tinggalkan blue ticks. Jika dua ini pun tak boleh buat macam mana nak ikut tips lain. Jangan banyak bagi ALASAN jika nak lebih baik. Dah terang-terang anak ketagih HP kenapa masih layan lagi kehendak mereka,jika dilayan lagi masalah emosi anak-anak.

Cegah sabelum anak-anak ketagih dengan pelbagai gadget sehingga mereka anggap kita tak wujud!

Kredit: Muhammad Hassan

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...