loading...

Lagi Awal Berus, Lagi Mudah Disiplinkan Anak Gosok Gigi. Tak Perlu Tumbuh Gigi Baru Ajar

Setiap benda yang kita kenalkan atau buatkan untuk anak-anak, kena step by step, untuk bagi biasakan anak kita dengan benda baru, termasuklah memberus gigi.

0-6 BULAN

Pada masa ini biasanya anak belum tumbuh gigi. Tetapi gusi anak juga perlu dibersihkan. Mudah sahaja. Ambil kain lampin, lembapkan, kemudian balut pada jari kelingking. Sapukan pada gusi atas dan bawah bayi kita. Bersihkan sisi susu. Mudah kan?

6-18 BULAN

Gigi sudah mula tumbuh. Ada yang seawal umur 6 bulan sudah ada 4 batang gigi susu di depan. Jangan abaikan. Ada beberapa cara:

1] Sebagai permulaan, gunakan kaedah lampin tadi. Pastikan semua permukaan gigi dibersihkan.

2] Gunakan ‘finger toothbrush’. Mudah untuk bersihkan gigi depan.

3] Kalau gigi sudah banyak, terutamanya gigi geraham dah tumbuh, boleh tukar kepada berus gigi kanak-kanak.

Pada masa ini, perlahan-lahan kenalkan ubat gigi. Terpulang nak guna ubat gigi yang mana. Yang ada flourida lagi bagus. Ibu bapa mesti buatkan. Tolong gosokkan. Kalau tak, ubat gigi hanya jadi mainan atau makanan.

18-36 BULAN (1 1/2- 3 TAHUN)

Pada masa ini, gigi susu sudah tumbuh keluar semua. 20 batang semuanya.

1] Sudah wajib gunakan berus gigi kanak-kanak dan sudah dibiasakan dengan ubat gigi.

2] Ibu bapa wajib gosokkan gigi anak. Tak boleh biarkan mereka gosok sendiri.

3] Wajib gosok semua permukaan gigi. Termasuk gigi geraham dan belakang gigi.

4] Hendak diikutkan, mesti gunakan ubat gigi berflourida. Sebab itu ibu bapa yang perlu gosokkan. Untuk elak anak tertelan. Dan wajib gunakan ubat gigi hanya satu lapisan nipis sahaja.

3-6 TAHUN

Pada masa ini, ibu bapa masih lagi perlu gosokkan gigi anak. Perlahan-lahan biarkan mereka buat sendiri tapi haruslah DIPANTAU. Bukan ditinggalkan mereka menggosok sendiri. Gosok gigi bersama.

Pada masa ini juga ajar anak meludah dan berkumur. Jangan lengahkan lagi untuk gunakan ubat gigi berflourida. Sebab itu peringkat umur begini sama ada mereka DIBANTU atau DIPANTAU cara-cara mereka menggosok gigi.

Dr Muhamad Iqbal bin Rosali
Pegawai Pergigian

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...