Membaca buku pada anak sebelum tidur sangat bagus terutama dalam merangsang otaknya. Tak perlu tunggu anak masuk tadika untuk buat rutin ini. Seawal setahun pun dah boleh mulakan walaupun anak masih belum memahaminya.
Bukan sahaja baik untuk perkembangan otak anak, tapi ia juga salah satu cara untuk buat anak mudah tidur.
Kena ingat amalan membaca ini boleh memberi satu kesan positif dalam diri anak dan boleh menjadikannya seorang yang cintakan buku.
Perkongsian dari seorang ayah, Najmi Nawawi mengenai caranya yang suka baca buku pada anaknya boleh diikutioleh semua ibu bapa lain.Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
- Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
- Cipta saat-saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
- Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
- Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
- Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Sumber: Najmi Nawawi