loading...

Skuad Bawah 23 Langkah Kanan tumpaskan Kyrgyzstan

Pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara berjaya mencapai kemenangan pertama dalam Kumpulan E menentang Republik Kyrgyztan dengan keputusan 3-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia itu menyaksikan barisan negara memperolehi sepakan penalti pada minit ke 38 selepas penyerang sensasi, Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kotak penalti lawan.
Safawi Rasid yang ditugaskan mengambil sepakan penalti itu tidak mensia-siakan peluang tersebut yang menyaksikan pasukan negara mendahului 1-0 sehingga babak pertama berakhir.

Masuk ke aksi separuh masa kedua, pasukan lawan mula melakukan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemainnya, Ernist Batyrkanov pada minit-55. Tersentak dengan gol itu, pasukan Malaysia cuba menambah serangan. Gandingan Safawi dan Akhyar Rasid semakin menjadi apabila AKhyar menambah gol kedua pada minit ke 61 selepas menyambung hantaran silang Safwai Rasid.
Serangan pasukan lawan menyaksikan skuad negara memperolehi peluang menerusi ‘counter attack’ dan Safawi sekali lagi melakukan hantaran canting dan ditampan oleh Syafiq Ahmad pada minit ke 78.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan serta menyaksikan skuad negara memperolehi 3 mata berharga dalam aksi sulung di Sukan Asia 2018.

Highlight perlawanan Malaysia mentengan Kyrgyzstan

Previous
Next Post »
loading...