loading...

Farah Ann Idam layak ke akhir

SEPANG – Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi mempunyai misi utama memperbaiki kedudukan peribadi bagi kategori individu dan keseluruhan di pentas Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, berpeluang beraksi hingga ke peringkat akhir sudah cukup memadai buat anak jati Selangor itu.

“Kali terakhir saya pergi ke Sukan Asia (Incheon 2014) saya berjaya berada pada kedudukan ketujuh dan semestinya kali ini saya nak memperbaiki kedudukan itu.

“Saya nak sasarkan layak ke peringkat akhir, sekali gus membantu merealisasikan impian tersebut,” katanya selepas ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 sebelum berlepas ke Indonesia.

Pemenang pingat perak Kejohanan Gimnastik Piala Dunia 2016 itu yang membuat penampilan keduanya pada temasya kali ini turut beraksi bagi acara berpasukan selepas kategori tersebut tidak dipertandingkan di Sukan Asia edisi lalu.- Bernama

Previous
Next Post »
loading...