
KUALA TERENGGANU: Masih ada dua bulan lagi sebelum belanjawan 2019 dibentangkan.
Tetapi kepada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), mereka kemuka harapan lebih awal kepada kerajaan.
Jika tahun lalu penjawat awam terima bayaran khas RM1,500, bagi
Azih mahu kebajikan penjawat awam diutamakan.
“Bajet pertama yang akan dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan diharap tidak akan meminggirkan golongan penjawat awam,” katanya.
Kebajikan menurut beliau supaya bantuan serta bonus kepada penjawat awam dapat diteruskan.
“Kita harapkan supaya kerajaan dapat menimbang insentif kepada penjawat awam sama ada dalam bentuk bonus.
“Berapa nilai kami tidak letakkan, terpulanglah kepada kerajaan,” jelasnya lagi.
Mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan ketika ini, apakah permohonan ini dipertimbangkan?
Kita tunggu dan lihat.

Jaga Silaturahim, Netizen Puji Bcl & Suami Sam ...

Cara Block Video Youtube Yang Bukan-bukan Dari Ana ...

Fifa Club World Cup 2025 (final) Chelsea Vs Psg ...

Fara Salleh Nafi Meroyan, Dakwa Bekas Isteri Shuk ...