
PUTRAJAYA: Kerajaan hanya akan membayar amaun RM555 juta
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, segala tindakan kerajaan hari ini melibatkan pengambil alih AES adalah tidak tertakluk dengan apa yang pernah dijanjikan kerajaan sebelum ini.
“Kita akan berbincang dengan LTAT tentang pendirian kita yang hanya akan membayar RM555 juta… Tidak kurang tidak lebih.
“Kita tidak tertakluk dengan apa yang telah dijanjikan oleh pembangkang. Bagi kita, amaun itu telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bekas Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor sebelum ini berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mencadangkan untuk mengambil alih AES dari LTAT pada November tahun lepas
Menurut Anwar, kos pengambilalihan yang disetujui telah melebihi RM555 juta yang merupakan kos pelaburan asal LTAT untuk mengambil alih projek daripada dua syarikat swasta.

6 Rumah Teres Di Bandar Tun Razak Terbakar ...

Howe Sanjung Mentaliti Isak ...

Barcelona Hampiri Gelaran La Liga ...

Itu Adik Ipar Aku!- Khai Bahar Nafi Dakwaan Liar ...