loading...

Malaysia masih gagal mengapai emas takraw

Impian skuad takraw negara untuk menghadirkan pingat emas dalam acara regu berpasukan di Sukan Asia masih tidak mampu dicapai.
Untuk sekian kalinya skuad takraw negara terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Thailand yang mendominasi pingat emas Sukan Asia sejak tahun 1994 di Bangkok,
Regu pertama negara yang diketuai Norhafizi Abd Razak(Noraizat Nordin), Syazreenwamar Salehah dan Zulkifli Abd Razak tumpas kepas regut pertama Thailand dengan keputusan 15-21,15-21.

Regu kedua Malaysia yang diwakili oleh tekong Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam pula tumpas kepada regu kedua Thailand 19-21, 13-21.
Ini sekaligus mengesahkan kemenangan pasukan Thailand dengan keputusan 0-2.
Walaupun tumpas, skuad takraw negara membawa pulang pingat kedua negara iaitu dengan kilauan pingat perak.

Syabas skuad negara dan selepas ini boleh tumpukan pada acara regu. Perlu mencari formula terbaik untuk mara ke akhir dan juga kaedah untuk menumpaskan Thailand yang terlalu gah dalam acara takraw ini.

Previous
Next Post »
loading...