loading...

Anak Obses Susu Formula Sampai Tak Nak Makan? Ini Tak Boleh Dibiarkan, Pegawai Dietetik Bagi 5 Tip Mudah Atasinya

Apa yang boleh dilakukan apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal. Ikuti tip daripada pegawai dietetik ini.

Anak kecil yang lazimnya berumur tiga hingga empat tahun ke atas banyak mengalami situasi ini.  Ada yang hanya dia minum susu formula kira-kira lima hingga enam kali sehari tanpa mengambil makanan langsung! Ini amat merunsingkan para ibu dan ayah kerana bimbang anak mereka tidak mendapat nutrien yang diperlukan untuk perkembangan mental dan fizikal.

SUSU LIMA HINGGA ENAM KALI SEHARI TAPI TAK MAHU MAKAN

Ramai ibu bapa yang mengeluh kerana perlu berusaha memujuk supaya si anak memakan makanan seperti nasi, sup atau roti, buah-buahan. Kalau ada yang dimakan anak pun hanyalah beberapa jenis makanan yang digemari sup atau pasta berkuah.

Ada ibu yang mengadu anaknya hanya makan nasi lemak (nasi sahaja) atau nasi panas yang digaul kicap tanpa lauk, biskut dan kerepek. Hal ini sangat merunsingkan kerana si kecil perlu praktis makan sihat dari kecil untuk memastikan amalan pemakanan yang sihat di masa depan! Jadi bagaimana boleh keadaan ini diperbaiki?

Menurut Puan Nurbaidurah Badzis, Pegawai Dietetik KPJ Kajang keadaan ini berlaku kemungkinan kerana si kecil enggan makan makanan pejal disebabkan kenyang dengan susu. Bagaimana pun ia bergantung kepada jumlah susu yang diminum si manja. Namun umumnya, susu itu sendiri mengandungi banyak khasiat bagi menampung keperluan si kecil.”

Salah satu penentu ukur sama ada tahap perkembangan dan tumbesaran si kecil adalah berat badan dan ketinggiannya. Si kecil perlu mencapai tahap yang sesuai mengikut umurnya.

5 TIP BERIKAN ANAK GALAKAN UNTUK MAKAN MAKANAN PEJAL

Namun, galakan terhadap makanan pejal sememangnya penting. Antara saranan Nurbaidurah ialah;

#1 ELAK BERI SUSU SEBELUM ATAU DEKAT WAKTU MAKAN

Ibu ayah boleh cuba atasi masalah in dengan mengelakkan dari memberi susu kepada si kecil sebelum atau mendekati waktu makan. Ini kerana jika diberikan susu, kemungkinan si kecil kenyang dan tidak mahu makan.

#2 RANCANG WAKTU MAKAN DAN MINUM SUSU

Rancang waktu makan dan waktu minum susu. Tiga hidangan utama perlu iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Selebihnya boleh diaturi dengan minum susu. Pada awalnya si kecil memang akan meragam, tidak mengapa. Don’t fall to the manipulation. Jangan diberi susu jika si kecil tidak mahu makan pada waktu makan. Si kecil akan belajar untuk makan apabila berasa lapar.

#3 HIDANGKAN MAKANAN FAVOURITE NYA

Keduanya, jika si kecil suka hidangan berkuah, hidangkan sahaja. Namun, pastikan setiap masa makan, perlu lengkap dengan hidangan seimbang yang lain. Maksudnya, selain kuah, hidangan lauk berprotein seperti ikan, ayam atau daging perlu ada, sayuran perlu ada, buah-buahan juga perlu ada.

#4 IMEJ MAKANAN SIHAT PERLU ADA

Imej makanan sihat perlu sentiasa terpapar pada pandangan si kecil, jika sekalipun dia masih belum mahu memakannya. Ini kerana, paparan ini akan menggalakkan penerimaan si kecil dari masa ke masa. Subconcious mind stimulation. Dari tidak mahu makan kepada mahu mencuba rasa dan seterusnya mahu makan. Usaha ini sememangnya akan memakan masa.

 

#5 SISIHKAN MAKANAN YANG TIDAK SIHAT

Don’t give up. Biskut atau kerepek? Pastikan biskut yang diberikan bukanlah jenis yang manis atau berkrim. Kerepek pula, jika boleh, tidak perlu ada di rumah. Di rumah sendiri, elakkan membeli atau menyimpan makanan yang tidak sihat. Simply no unhealthy food, no eating of it. Bukan?

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...