loading...

Nur Dhabitah, Ng Yan Yee raih perak

Penerjun negara sekali lagi menghasilkan pingat di Sukan Asia. Selepas meraih gangsa dengan Mun Yee, Nur Dhabitan Sabri meraih satu lagi pingat tapi kali ini kilauan perak bersama Ng Yan Yee dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita.

Pasangan yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara sama di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu mengumpul 298.23 mata untuk berada di kedudukan kedua di belakang pasangan China Chang Yani-Shi Tingmao selepas mengumpul 335.70 dan gangsa menjadi milik gandingan Kim Kwang Hui-Kim Mi Hwa dari Korea Utara dengan 282.78 mata.

Lebih manis, kejayaan itu membuktikan terjunan Yan Yee atau lebih dikenali sebagai Wendy masih ‘berbisa‘ meskipun berehat panjang lapan bulan akibat penggantungan, sekali gus menyaksikan beliau terlepas membuat penampilan pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, April lepas.

Beliau dikenakan tindakan penggantungan daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa selama lapan bulan bermula Ogos tahun lepas, susulan kes doping.

“Selepas beberapa lama, saya gembira dapat meraih pingat perak dan hanya tewas kepada penerjun China,” kata Wendy ketika ditemui media Malaysia selepas tamat acara berkenaan di sini, hari ini.

-BERNAMA

Previous
Next Post »
loading...