loading...

Hadiah Anniversary ke-6, Isteri Ustaz Don Hamil Anak Ke-3. Alami Alahan Teruk, Peminat Teka Baby Girl!

Melayari kehidupan berumahtangga selama enam tahun, kini Ustaz Don Daniyal dan isteri, Dr Husna Zahry bakal menimang cahaya mata ketiga mereka.

Pasangan yang cukup romantik ini mengumumkan bakal menerima kehadiran orang baru sempena ulang tahun keenam mereka pada 23 Ogos lalu.

Melalui luahan hati Dr Husna di instagramnya, sepanjang enam tahun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Banyak kenangan susah dan senang diharungi bersama Ustaz Don. Ibarat kata orang gelak dan menangis bersama-sama.

Dr Husna juga cukup berterima kasih kerana Ustaz Don banyak mengajarnya jadi isteri dan ibu yang baik dan setiap kelemahan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Bukan senang nak jadi senang, tapi jika sama-sama main peranan, hubungan yang terjalin ini akan kekal selamanya.

Alami Alahan Teruk 

Sementara itu, Dr Husna juga turut berkongsi pengalamannya mengandung anak ketiga kali ini.

Walaupun trimester pertama agak perit namun semuanya dipermudahkan.

“Jika dua kehamilan sebelum ini dikira sangat mudah, kali ini ia benar-benar memberi pengalaman baru kerana mengalami alahan teruk.

“Sentiasa letih, muntah-muntah dan mood yang tak stabil memang sangat mencabar. Namun itu semua dilalui dengan semangat yang kuat,” katanya.

Tak lupa juga Dr Husna turut mengharapkan doa dari semua agar kandungan kali ini berjalan lancar.

Peminat Ucap Tahniah, Teka Mungkin Kali Ni Dapat Baby Girl

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...