
Melalui sebuah kenyataan media, Tommy Thomas berkata beliau akan mengundur diri sebagai ketua pendakwa raya dalam kes tersebut, dan telah melantik Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, beliau juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan yang dijangka membantu Datuk Sulaiman dalam kes pendakwaan
Tommy menyatakan bahawa beliau tidak boleh menggabungkan kesemua komitmen tugas yang beliau sandang sekarang, dan dalam masa yang sama membuat persediaan untuk mengendalikan perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak.
Sulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara, yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah, temasuklah jenayah kolar putih.
Sri Ram, yang merupakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, telah kembali mengamalkan bidang kepeguaman secara aktif. Beliau berpengalaman luas dalam hal-hal perundangan jenayah.
Tommy mengesahkan bahawa kedua-dua Sulaiman dan Sri Ram akan melakukan kerja-kerja pendakwaan secara ‘pro-bono’ atau sukarela tanpa dibayar apa-apa gaji.

Lelaki Dikejar Beruang Kutub ...

Pusat 3s Mitsubishi Motors Mula Operasi Di Kajang ...

7 Jenis Penyakit Jantung Yang Rakyat Malaysia Per ...

10 Sebab Wajib Terjah Sentai Syurga Peralatan Da ...