loading...

IPU Kuching Pula Tidak Sihat

KUCHING: Selepas keadaan jerebu di Miri dan Mukah mula berkurangan, indeks pencemaran udara (IPU) di Kuching pula dikesan mencapai tahap tidak sihat pagi ini.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kuching mula berada di tahap tidak sihat apabila mencecah 104 pada jam 5 pagi tadi.

Bacaan semakin meningkat kepada 107 pada jam 6 pagi seterusnya 109 pada jam 7 pagi, namun turun semula kepada 107 pada jam 8 pagi.

Penurunan kualiti udara di bandar raya ini dikenalpasti akibat jerebu rentas sempadan dari wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Difahamkan, pembakaran terbuka terus dilakukan di wilayah berkenaan dengan puluhan titik panas dikesan, semalam.

Sementara itu bacaan IPU di kawasan lain di Sarawak mencatat tahap sederhana pagi ini namun beberapa kawasan menghampiri tahap tidak sihat.

Sehingga jam 8 pagi, Mukah mencatat 97, Kota Samarahan (95) dan Sri Aman (90).

Previous
Next Post »
loading...