loading...

Qabil Ambak rangkul perak

Atlet Ekuesterian negara, Qabil Ambak berjaya memungut pingat perak kedua negara melalui acara Dressage individu sebentar tadi.
Qabil yang bermula cemerlang pada dua pusingan terpaksa akur dipintas oleh atlet Hong Kong , Jacqueline SIu yang mencatat 77.045 mata manakala Qabil mengumpul 76.620 mata.
Pertandingan yang berlangsung di Taman Ekuesterian Antarabangsa Jakarta itu, kuda yang ditungganginya, Rosenstolz mengalami tekanan yang menyaksikan Qabil kehilangan beberapa mata penting.
Qabil yang sebelum ini telah membelanjakan hampir RM1juta untuk menyertai kejohanan Sukan Asia selepas 8 tahun menyatakan kepuasan beliau mendapat pingat perak. Ini kerana beliau tidak menetapkan sebarang sasaran pada kejohanan ini.

Qabil kini telah mengutip 5 pingat di Sukan Asia semenjak kemunculan pertama di Doha pada 2006 dimana beliau telah mengutip 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa dalam acara individu dressage dan berkumpulan.
Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada Qabil Ambak yang sekali lagi mengumpul pingat untuk negara. Pastinya pengorbanan beliau membelanjakan jutaan ringgit terbalas dengan pencapaian ini.

Previous
Next Post »
loading...