KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dirempuh sebuah bas Rapid KL di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, satu video tular di laman sosial Facebook menunjukkan bas berkenaan merempuh kenderaan lain.
Berdasarkan satu rakaman video yang dikongsikan Azri Arip melalui Facebooknya, dia mendakwa pemandu bas itu melanggar sebuah kereta sebelum kereta tersebut hilang kawalan dan merempuh warung makanan miliknya.
Selain itu, Azrin turut mendakwa ibunya yang sedang memangku seorang bayi berusia dua bulan turut cedera akibat rempuhan tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Hasil maklumat awal mendapati sebuah bas telah merempuh tujuh kenderaan lain. Bagaimanapun, kesemua mangsa yang terlibat masih dalam proses membuat laporan berhubung kejadian tersebut.
“Pemandu bas berkenaan kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang akibat kejadian tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
VIDEO DISINI
e604a108-453f-4b27-baff-b1682a15b18f