
Oleh: Fadhil Daud
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyarankan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dibentuk bagi menasihati kerajaan supaya dibubarkan di atas faktor kewajarannya yang masih kabur.
Jelasnya, CEP tidak mempunyai legitimasi undang-undang, perlembagaan dan tiga cabang legislatif, eksekutif mahupun kehakiman yang boleh mempengaruhi dasar yang dibangunkan dalam negara.
“Atas dasar prinsip kebertanggungjawaban bersama kabinet, kita merasakan tidak wajar lagi untuk CEP wujud dan kabinet perlulah
“Kewujudannya secara berterusan juga boleh membongkah sistem demokrasi parlimen yang sedia ada; CEP adalah tugas sukarela dan tanpa kos kerajaan. Namun persoalannya yang utama adalah kewajaran kewujudannya,” katanya.
Tambah Annuar, penubuhan CEP juga mencabar kewibawaan anggota kabinet yang rata-ratanya adalah wakil rakyat yang lebih lama dan berpengalaman seolah-olah Perdana Menteri tidak menyakini kabinet yang dibentuk yang dilihat tidak konsisten.
“Sebelum ini ada menteri kabinet menuduh beberapa anggota CEP dengan pelbagai tuduhan yang berat, termasuk penyelewengan, tapi kini dilihat bukan sahaja tidak bertindak, sebaliknya tunduk kepada CEP.
“Sudah kedengaran juga timbul syak wasangka atas peranan CEP yang diketahui umum sangat terlibat dengan percaturan politik aras tinggi. Perkara ini bakal memburukkan situasi dengan kewujudan kabinet di belakang kabinet.
“Demi kebaikan, CEP harus dibubarkan dengan segera dan anggotanya tidak harus terlibat dalam urusan berkaitan kerajaan,” jelasnya.

Rosyam Nor Puas Dicemuh Netizen, Mahu Tonjol Bakat ...

Sukses Capai Jualan Rm250 Juta Sebelum Raya, Kontr ...

Anak Rita Rudaini Kekalkan Kejayaan, Raih Cgpa 3.7 ...

Pernah Dituduh Tak Puasa, Tony Eusoff Dipaksa Tunj ...