loading...

Kok Hua Wakil Malaysia Di Piala Sushi Dunia 2018

KUALA LUMPUR: Chef Chua Kok Hua akan mewakili Malaysia pada Piala Sushi Dunia 2018, demikian diumumkan oleh Majlis Makanan Laut Norway (NSC).

Pertandingan pembuatan sushi yang berprestij itu yang akan diadakan di Tokyo pada Khamis, menghimpunkan 40 chef terbaik sushi dari seluruh dunia untuk bersaing.

Kok Hua muncul juara dalam pertandingan kelayakan yang diadakan pada Nov 2017 sempena Latihan Akademi Sushi Global hasil kerjasama antara NSC dan institut Kemahiran Sushi Dunuia, satu-satunya badan sushi yang diiktiraf secara rasmi di Jepun.

“Latihan itu, yang dikendalikan oleh master sushi terkenal, Hirotashi Ogawa, memberi tumpuan kepada kemahiran pembuatan asas sushi dan topik penting seperti kebersihan pengendalian makanan laut untuk kegunaan mentah.

“Ia kali kedua latihan tersebut diadakan di Malaysia,” kata kenyataan yang dihantar kepada Bernama pada Rabu.

Kok Hua mula bekerja di Singapura ketika berusia 16 tahun di Bahagian Dapur sebuah hotel bertaraf lima bintang apabila beliau memperoleh kemahiran memasak dan kemudian ditawarkan jawatan yang sama di Restoran Jepun di hotel yang sama.

Kenyataan itu berkata, Kok Hua, yang bertekad untuk kembali dari Tokyo dengan membawa pulang pingat, berterima kasih kepada NSC atas peluang yang diberikan dan latihan yang ditawarkan adalah pembuka mata kepadanya dalam mempelajari setiap butiran kecil dalam pembuatan sushi.

– Bernama

Previous
Next Post »
loading...