
Oleh : Wartawan MySuara
KUALA LUMPUR: Isu penghapusan tol yang menjadi bahan kempen calon MCA di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong perlu
disuarakan kepada menteri dan bukan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki.
Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, parti itu tidak sepatutnya bertanyakan kepada Wong kerana calon itu bukan menteri.
“(Wong) Siew Ki bukan menteri, kenapa tanya dia Kalau nak tanya pasal tol, anda patut tanya saya, sebab sayalah menteri,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum PH DUN Balakong di sini, malam tadi.
Minggu lalu, calon MCA Tan Chee Teong dalam satu kenyataan membidas Wong yang gagal menjawab isu berkaitan kegagalan pemansuhan tol oleh kerajaan seperti dalam janji manifesto.

Jpj Sita 19 Motosikal Lakukan Aksi Bahaya Dan Mere ...

Treler Membawa Muatan 20,240 Kg Beras Seludup Dira ...

Prasarana Terima Peruntukan Rm1.9b Untuk Beli 1,66 ...

Nak Untung Cepat, Wanita Warga Emas Rugi Rm236,578 ...