loading...

Ibu Ini Kongsi Cara Wean Off Anak 3 Tahunnya Yang Tandem Nursing. Paling Penting Hati Ibu Kena Kental!

Wean off anak susu ibu adalah tugas paling berat dan mencabar bagi seorang wanita yang menyusukan anaknya. Ia memerlukan kerjasama daripada dua pihak iaitu ibu dan anak sendiri.

Ketika proses ini ia akan melibatkan emosi ibu dan anak saling berperang antara rasa sedih, tak sampai hati dan pelbagai lagi perasaan. Hanya kekuatan dan kekentalan hati ibu yang mampu meneruskan proses tersebut hingga berjaya.

Perkongsian melalui proses wean off oleh Puan Intan Dzulkefli diharap bermanfaat kepada ibu-ibu menyusu yang sedang dalam usaha untuk bercerai susu dengan anak yang sudah melewati usia lebih 2 tahun. Semoga berjaya, paling penting ibu kena cekalkan hati!

WEAN OFF ANAK TANDEM NURSING

Alhamdulillah, hari ini masuk minggu kedua proses wean off kakak Maira. Last two weeks birthday anak solehah yang ke-3 tahun, alhamdulillah. Maknanya genap 3 tahun ummi fully bf kakak, sekali tandem dengan adik Insyirah (1y4m).

Sehari dua minggu pertama haritu, mengamuk sakan dia waktu nak tidur bila tengok adik menyusu tapi dia tak disusukan sekali. Menangis, mengamuk, menjerit marah. Memang dia geram sangat ummi tak pedulikannya. Namun, ummi tetap keraskan hati. ‘Maaf kakak, this time, no matter what, my answer will still be NO,’

Hari kedua, ketiga, dia dah tak begitu, dia guna teknik memujuk lembut pula. Pandai dia nak tackle ummi.

Bila kakak Maira pujuk ummi, “ummi tak sayang kakak ke? Kakak kan nak susu ni?”

Ummi pujuk kakak elok-elok, “ummi sayang… tapi kakak dah besar, nak school dah, tak boleh susu ummi dah..” & distract dia dari nak susu, buatlah aktiviti yang melekakan dia.

Ini bukanlah percubaan pertama, bahkan entah berapa kali sejak Maira masuk 2y3m. Paling serius sejak awal tahun ni, bila umurnya menjengah 2y8m atas faktor ummi rasa nak surrender, tak larat dah nak tandem nursing memandangkan fizikal Maira pun dah berat. Kadang unintentionally membuatkan ummi selalu emosi (baca : stress) sebab sakit pinggang, rasa tak selesa. Allah, the struggle is real, the pain is real.

Sampai satu masa, waktu menyusukan anak-anak sambil menangis sebab stress. Terfikir, takkanlah nak sambung lagi sampai Insyirah wean off? Ya Allah… waktu tu Maira dah nak masuk 4 tahun! Allahu.. tak boleh nak imagine.

Wean off bukan untuk menzalimi anak, bukan kerana tak sayang, tapi kerana sudah cukup haul. Ini pun dah extended contract selama setahun.

Satu hari, ambil masa meluahkan & terus terang dengan suami, heart to heart. Sebelum ni memang selalu bincang bersama, namun kali ni saya lebih clear, terus terang saya dah tak mampu nak continue sebagaimana yang orang luar suggest untuk ikutkan sahaja Maira sampai dia sendiri stop. You should help & support me, kata saya kepada suami. Suami bagi cadangan (ikut tip dari pembacaan & sharing kenalan) untuk letak asam jawa/nescaffe supaya Maira reject.

Saya kata, saya tak nak buat macam tu. Maira anak cerdik solehah, insyaAllah dia faham. Tak perlu gunakan taktik sebegitu, fikir saya. Tapi kita kena sabar, konsisten & be bold.

Saya minta suami tolong take over Maira bila saya tidurkan Insyirah sebab waktu nak tidurlah biasanya dia paling bersungguh request nak susu hingga kadang boleh berkecamuk mood saya kalau handle mereka seorang diri (apabila suami perlu kerja lebih masa).

Inilah 8 PERKARA yang kami buat untuk support Nur Humairah stop menyusu & minta susu;

1) SET MINDSET. Ibu perlu kuatkan tekad, semangat & fokus. Bila ibu tekad, anak pun dapat rasakannya. Jangan hangat-hangat tahi ayam, anak boleh tahu bila kita tak serius. Sentiasa ulang, “kakak dah tak boleh susu dengan ummi, kakak dah besar, kakak minum guna cawan, kakak nak school. Yeay! Budak cerdik solehah dah tak susu ummi.”

2) JANGAN PROVOK. Untuk permulaan, elakkan provok dia dengan menyusukan adiknya depan dia. Cover sikit bagi dia tak nampak. Macam saya, saya menyusu waktu layan dia melukis & menulis di meja, adik terlindung di bawah meja.

3) JAGA MAKAN MINUM. Pastikan up portion makan & minumnya supaya dia tak lapar & haus. Untuk elak dia request nak susu. Sebelum tidurkannya, pastikan dia kenyang untuk elak dia terjaga malam & menangis minta susu pula. Standby siap-siap air kosong incase kalau dia bangun minta air.

4) BANYAKKAN PUJI. Puji dia bila melepasi satu-satu fasa tanpa menyusu. Contohnya dah 48 jam dia tak menyusu, pujilah, “bagusnya kakakkkk… kakak dah 2 hari tak menyusu dekat ummi pun. Haaa.. macam tulah anak cerdik solehah..” mesti dia tersipu..

5) BANYAKKAN AKTIVITI. Galakkan anak beraktiviti pada siang hari & elakkan dia tidur siang. Biar dia keletihan, supaya mudah tidur malam & nyenyak tidurnya.

6) PERANAN SUAMI. Minta suami tolong tidurkan anak yang nak wean off. Suami saya contohnya akan bawa Maira jalan-jalan naik kereta waktu saya susu & tidurkan Insyirah. Biasa bila kena aircond, kalahlah dia.

7) KAWAL EMOSI. Semasa proses wean off, jangan sesekali marah anak bila dia mengamuk. Bimbang tercedera emosinya. Fikir ummi abi dah tak sayangkan dia & sisihkan dia kerana adik. Adik susu boleh, kenapa kakak tak boleh? Tak sayang kakak ke? So jelaskan dengan lembut secara berulang-ulang. Banyakkan pujukan, pelukan, ciuman, pujian.

8) DOA & DOA. Tip paling penting, banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan wean off. Kejayaan usaha hamba ialah bila dia meminta pertolongan Allah sejak dari mula, insyaAllah. Nak tidurkan anak tanpa mengempeng, banyakkanlah doa & zikir minta hati anak lembut & lapang dada.

Alhamdulillah, ummi ambil keberkatan bulan Ramadhan untuk buat solat sunat & doa minta sungguh-sungguh agar mudah Maira wean off, seolah dia lupa terus dia perlu menyusu tanpa perlu drama air mata yang tentunya akan buat ummi tersentuh.

Hanya ini sahaja yang kami praktikkan. There’s no secret tips. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Namun, saya pasti, lain anak, lainlah caranya. Harapnya perkongsian ni membantu sedikit sebanyak buat yang ‘sekapal’.

Semoga akan dipermudahkan segala urusan semua ibu yang sedang berusaha untuk wean off anak tandem nursing yang sudah cukup haul. Amiin.

Intan Dzulkefli
Graduan Tandem Nursing.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...