loading...

Henti Kecam Fatin

Minggu ni admin nampak isu tentang atlet wanita papan selaju negara, Fatin Syahirah Roszizi disebabkan persembahan teruknya di Sukan Asia 2018 di Jakarta lalu.
Admin tengok juga video adik berusia 16 tahun ni main tempohari. Memang nampak tak menjadi apa yang dilakukan tapi nak kritik pun rasanya tak adil. Ini sebab beliau masih muda dan pastinya kegugupan tu ada dalam hati.
Lagipun admin terbaca yang dia tak dapat membuat persiapan yang rapi sebab baru je sembuh dari kecederaan. Ini sedikit sebanyak mengugat prestasinya untuk melakukan trik-trik skate yang cantik. (rujuk MSTar)
OO ye,menariknya walaupun dikecam hebat oleh orang ramai namun ramai yang memberikan kata-kata perangsang termasuk lagenda skateboard dunia iaitu Tony Hawk.

Kepada adik Fatin, Ligakampung.com mengucapkan syabas dan semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini. Anda masih mempunyai masa lagi untuk memperbaiki skill anda.
Buktikan kepada mereka yang anda boleh berjaya di masa hadapan. Sekarang ni anda dah semakin popular tapi diharap  ianya tidak menjadi beban sebaliknya menjadi pemangkin untuk mendapatkan lebih banyak pingat lagi untuk negara.

p/s : Admin jangan kata nak main skate, pegang papan tu pun dah mengigil..

Previous
Next Post »
loading...