loading...

Kalau Betul-Betul Nak Disiplinkan Anak Tak Makan Makanan Ringan, Jangan Sesekali Ada Di Rumah

Membantu anak-anak anda tentang kepentingan makanan sihat adalah sangat diperlukan kerana membesar dengan amalan pemakanan yang buruk boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, penyakit jantung dan kanser.

Industri makanan segera pula saban hari semakin popular. Oleh itu, terdapat beberapa tip yang boleh dicuba bagi menghalang anak anda daripada mengambil makanan ringan dan gemar makanan yang berkhasiat.

Letakkan kudapan berkhasiat berhampirannya

Anda boleh membuat kudapan yang sihat di dalam peti sejuk atau kabinet supaya anak-anak anda dapat mengambilnya apabila mereka lapar. Buah-buahan, sayur-sayuran atau keropok bijirin penuh dan keju adalah pilihan yang lebih baik daripada makanan segera yang lain.

Jangan letakkan makanan ringan di rumah

Hadkan penggunaan makanan ringan. Anak anda tidak akan makan makanan ringan jika anda tidak membelinya. Kurangkan pembelian makanan ringan dan anak anda juga akan mengurangkan pengambilannya.

Jangan tawar-menawar

Jangan gunakan makanan ringan sebagai alat tawar-menawar. Anda harus memberi ganjaran kudapan berkhasiat dan bukannya makanan ringan. Kanak-kanak perlu memilih berapa banyak yang mereka makan, mendesak mereka menghabiskannya menyebabkan mereka makan terlalu banyak pada kemudian hari, terutamanya dengan hidangan besar.

Jangan melarang

Jangan menghalang anak anda daripada memakan makanan ringan sepenuhnya. Ini akan menyebabkan anak anda menjadi lebih tertanya-tanya tentang makanan ringan dan mereka mungkin cuba untuk memakannya dalam pelbagai cara.  Sebaliknya, anda harus mengajar mereka mengenai kesan makan makanan ringan dan menjelaskan kepada mereka tentang kelebihan kudapan sihat secara beransur-ansur, setiap hari.

Jadi contoh

Anda harus menjadi contoh amalan pemakana sihat supaya anak anda mengikuti tindakan anda. Mereka boleh meniru apa yang anda makan. Oleh itu, ingat untuk mengamalkan diet yang baik dan elakkan makanan ringan.

Sumber: Hello Doktor

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...