loading...

Ronaldinho ke Perak?

PENYOKONG Perak berpeluang menyaksikan kelibat bekas pemain Brazil, Ronaldinho beraksi bersama skuad The Bos Gaurus sekiranya semua urusan melibatkan perbincangan bagi membawa masuk pemain berkenaan berjalan lancar.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, pihaknya memang berhasrat membawa masuk pemain berkenaan, dalam usaha memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan terutamanya bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Kita memang berhasrat membawa masuk Ronaldinho ke Perak. Cuma kita nak kenal pasti ejen dan kita nak bincang bagaimana tawaran Pafa kepadanya.

“Selain itu kita juga nak tengok sejauh mana komitmen beliau bersama Perak khususnya untuk mengharungi kelayakan ACL musim depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Hasnul berkata demikian bagi mengulas mengenai berita berhubung hasrat Perak membawa masuk bekas pemain kebangsaan Brazil itu, musim depan.

Kehadiran pemain berusia 38 tahun itu yang pernah beraksi dengan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Paris St Germain, AC Milan dan Barcelona itu dilihat bakal memperkukuhkan lagi skuad Kejor Yob Kejor itu sebagai pasukan yang digeruni.

Sementara itu, Hasnul berkata, hasrat Ronaldinho yang menyatakan minat untuk beraksi dalam saingan liga di negara ini juga boleh direalisasikan sekiranya pemain berkenaan yakin dengan potensi Bos Gaurus itu untuk berjaya dalam saingan ACL musim depan.

“Kita memang berhasrat sangat untuk bawa dia (Ronaldinho) ke Perak. Jika perbincangan kita nanti berjalan lancar dan berjaya meyakinkan dirinya, tidak mustahil untuk menyaksikan dirinya beraksi bersama Perak dalam saingan Liga M,” katanya.

Sumber :-Sinar Harian

Ligakampung.com mengucapkan syabas sekiranya pasukan The Bos Gaurus dapat mengikat Ronaldinho yang pernah dinobatkan antara lagenda bola sepak dunia ini.

Previous
Next Post »
loading...