
KUALA LUMPUR: Skim Perlindungan Insurans B40 iaitu skim insuran untuk rakyat berpendapatan rendah akan diberikan secara percuma dengan subsidi sepenuhnya oleh kerajaan.
Dalam bebenang Twitter rasmi Kementerian Kesihatan, KKMPutrajaya pelaksanaan skim tersebut masih dalam peringkat perbincangan antara Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk menentukan mekanisme pelaksanaan.
Skim tersebut
Penerima skim berkenaan juga tidak akan menjejaskan gaji mereka kerana tiada sebarang potongan pendapatan dilakukan.
Sebelum ini Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan skim insuran akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelompok B40 dan diperluaskan kepada kategori lain termasuk berpendapatan sederhana (M40).
Manakala Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pula menyatakan, skim insurans kesihatan memungkinkan kadar minimum antara RM10,000 hingga RM20,000 setahun diberi untuk setiap keluarga, merangkumi perbelanjaan perubatan dan caj rawatan apabila ditempatkan di wad.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Pahang Diadakan ...

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Sambutan Aidilfitri ...

Koleksi Latihan Matematik Tahun 6 ...

#hiburan: Sebahagian Negeri Di Malaysia Turut Mera ...