KUALA LUMPUR: Personaliti terkemuka tanah air, Mahadzir Lokman meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.
Menurut adik beliau, Ida Lokman, keluarganya sangat terkejut menerima berita itu.
“Saya kini sedang bergegas ke Kota Kinabalu untuk menguruskan jenazah,” katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.