loading...

Anak Suka Koyak & Conteng Buku Buat Ibu Ayah Give Up Nak Pupuk Minat Membaca. Kaunselor Ini Kongsi Tip Kurangkan Stres

Bila anda mahu memperkenalkan buku kepada anak-anak, mereka kerapkali akan koyak dan conteng buku. Itu kebiasaan yang berlaku membuatkan ibu ayah mudah give up & stres.

Membaca jambatan ilmu. Amalan yang baik ini bolehlah dipupuk daripada awal lagi, sejak daripada usia anak masih bayi.

Akan tetapi tabiat bayi dan kanak-kanak kecil yang sukamengoyak helaian muka surat pada buku  mencontengnya membuatkan proses ini tidak lancar, malah boleh terbantut dan ibu ayah mudah putus asa (give up). Tiap kali buka buku untuk baca, dia lebih fokus kepada mengoyak, menggigit dan menconteng. Ini secara tidak langsung boleg mengurangkan motivasi anda untuk terus mengajarnya isi kandungan buku itu.

Menurut kaunselor, Puan Farhan, anda harus kenal dahulu tabiat mereka apabila mereka bersama dengan buku. Hal ini akan memudahkan anda mengendalikan anak dalam mendidik mereka membiasakan diri melakukan aktiviti jambatan ilmu ini.

SITUASI #1:  ANAK SUKA MENGOYAK BUKU

Anak anak dibawah usia 3 tahun memang suka mengoyak buku.

Bila kita beri buku kepada mereka, mereka akan merasa sangat seronok.

Sebelum kita memperkenalkan buku kepada mereka, pastikan anda memilih dengan buku yang sesuai untuk mereka.

Apabila anda memiliki anak dibawah umur 3 tahun elakkan memilih buku yang NIPIS dan mudah dikoyakkan kerana anak anda akan mudah kecewa.

Anak anak akan excited dengan buku yang ada beli.

Pada usia mereka dibawah 3 tahun mereka sukar untuk mengawal keinginan mengoyak buku.

Ini kerana mereka suka meneroka apa yang mereka boleh buat dengan buku.

Mereka akan belek, tarik dan mungkin juga gigit!

Jadi pemilihan buku yang bersifat tidak mudah rosak dan kukuh perlu diutamakan.

Saya masih ingat apabila saya pergi ke pesta buku Big Bad Wolf, buku yang mereka sediakan untuk baby biasanya dari kain dan juga kertas keras yang tidak bahaya dan sukar rosak.

Jika kita memilih buku yang nipis kertasnya mereka akan koyakkan dan juga mudah bosan kerana apabila buku itu rosak mereka akan mencari buku lain pula.

Saya pasti anda juga akan penat untuk membaiki buku yang rosak itu. Bukan setakat penat, malah mungkin juga anda akan marah marah.

Anak mengoyak buku, itu bukan salah mereka,tetapi itu khilaf kita kerana gagal mencari buku yang sesuai untuk mereka.

Kita bukan sayang duit, tetapi kita mahu anak benar benar boleh ‘menikmati’ buku mereka tanpa kekecewaan.

Apabila kita mahu ajar anak cintakan buku, kita harus bijak memilih buku yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

Anak akan cintakan buku jika mereka boleh explore buku sepuas puasnya.

Bayangkan jika anda membeli buku yang tidak sesuai untuk mereka, contohnya kertas yang nipis dan mungkin juga berbucu tajam.

Bila anak mahu mengigit sahaja buku itu kita halang.

Bila anak mahu koyak buku kita kata jangan.

Lama lama memang anak akan frust dan tidak beminat lagi pada buku itu.

Oleh kerana itu pemilihan buku yang sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan mereka sangat penting agar mereka sentiasa besemangat bersama buku mereka.

p/s: Sekiranya anak mahu mengoyak juga, cari buku dan kertas yang sudah rosak dan bukan buku yang baru!

SITUASI #2: ANAK SUKA MENCONTENG BUKU

Oleh kerana anak anda suka menconteng buku, pastikan anda memilih buku yang boleh di conteng.

Biasanya, buku dari luar negara banyak yang boleh digunakan bersama dengan marker, kerana kertasnya sudah di letak plastik.

Jadi anak anak boleh conteng menggunakan marker yang boleh dibersihkan.

Saya percaya anak anda akan seronok apabila mereka mendapat peluang menconteng buku.

Selain itu, asingkanlah buku untuk mereka conteng dan mereka baca.

Apabila kita disiplinkan mereka dari awal, mereka sudah tahu yang mana buku untuk mereka conteng atau baca.

Oleh kerana itu juga, penting untuk kita ada bersama mereka saat mereka membaca supaya kita boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Contoh:

Bila anak mahu dengar cerita, kita ambil buku cerita.

Bila anak mahu menconteng, ambil buku buku yang sesuai untuk mereka dan letakkan mereka di sudut yang sesuai.

Apa yang penting, kawalan itu mesti ada walaupun kita beri kebebasan kepada mereka.

 

SITUASI #3: ANAK AKAN ADA FAVOURITE BOOK MEREKA

Perasan atau tidak, anak anak ada ada favourite mereka.

Biasanya buku itu ada sesuatu yang menarik perhatian mereka.

Kalau untuk baby, buku yang akan menarik perhatian mereka adalah yang wordless, colour yang menarik dan juga buku yang kukuh.

Kadang kadang buku yang menjadi favourite anak adalah buku pertama yang kita beli untuk mereka ataupun buku yang kita selalu bacakan untuk mereka.

Jadi, perhatikan buku mana yang menjadi favourite anak anda kerana buku itu akan diulang ulang sampailah mereka jumpa buku favourite yang lain!

Kesimpulannya, mengenali tabiat anak anda bersama buku akan memudahkan anda untuk mendidik anak mencintai buku. Apa yang paling penting anda juga senang untuk mengurus mereka.

p/s: Tidak adalah yang pening mahu mengutip cebisan buku yang anak sesuai anda koyak. hihi

Sumber: Puan Farhan

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...