loading...

Video : Tun M Tidak Tahan Orang Ketika Zaman Pemerintahannya

PUTRAJAYA– Penasihat Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak pernah menahan sesiapa sahaja di zaman pemerintahannya.

 

Tun Mahathir berkata, menahan individu yang tidak mempunyai kaitan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah tidak sepatutnya berlaku.

 

“Beliau (Maria Chin) tidak sepatutnya ditahan dibawah akta tersebut (Sosma). Ini adalah sesuatu tindakan yang zalim. Ini adalah kerajaan yang kita miliki sekarang.

 

“Ada orang kata, pada zaman saya juga saya melakukannya. Ya, tetapi bukan saya. Saya tiada kuasa untuk melakukannya. Ia adalah termaktub kepada langkah keselamatan yang diambil IGP pada ketika itu. Arahan saya cuma (orang yang ditangkap) tiada gari, tiada penutup muka akan tetapi ia (akta ISA) tersebut mempunyai SOP jadi mesti memakai gari, penutup muka dan sebagainya mengikut akta tersebut,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

 

Terdahulu, Tun Mahathir berkata, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, tidak patut ditahan di bawah Sosma.

 

 

Katanya, akta itu diguna pakai bagi individu yang melakukan keganasan.

 

 

Sebelum itu, Maria ditahan kerana cuba memudaratkan demokrasi berparlimen di pejabatnya di Petaling Jaya, Sabtu lalu.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...