PUTRAJAYA– Penasihat Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Ketua Gerakan Merah V2, Datuk Seri Jamal Md Yunos perlu mandi 15 kali sehari kerana disifatkan sebagai individu ‘busuk’.
Beliau mengulas berhubung tindakan Jamal yang didakwa mengutuk sekeras-kerasnya gerakan BERSIH yang disifatkan sebagai gerakan yang tidak mempunyai haluan, pemusnah bangsa dan menggalakkan gerakan hubungan sejenis.
“BERSIH dan cukup BERSIH dah. Dikutip segala sampah semua. Mereka ada mereka mempunyai misi tersendiri bagi keperluan masyarakat umum yang menuntut hak. Sebab itu digelar mereka BERSIH.
“Tetapi yang kotor itu Jamal, dia patut mandi 15 kali sehari. Bau busuk daripada jauh,”katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, Tun Mahathir berkata, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, tidak patut ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Beliau berkata, akta itu diguna pakai bagi individu yang melakukan keganasan.
Terdahulu, Maria ditahan kerana cuba memudaratkan demokrasi berparlimen di pejabatnya di Petaling Jaya, Sabtu lalu.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW