PUTRAJAYA– Penasihat Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, tidak patut ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Beliau berkata, akta itu diguna pakai bagi individu yang melakukan keganasan.
“Saya fikir, Maria tidak patut ditahan dibawah sosma. Sosma bukan untuk tahanan bagi (kegunaan platform) di bawah parti politik yang berbeza, tetapi diguna pakai untuk menahan individu yang melakukan keganasan,”katanya pada sidang media di sini, petang tadi.
Semalam, anak Maria, Azumin Yunus, hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, terhadap penahanan ibunya.
Azumin yang ditemui media selepas membuat laporan polis dan mendakwa ibunya telah menerima layanan yang teruk semasa ditahan.
Dia turut menegaskan Maria bukan pengganas dan sewajarnya mendapat layanan peri kemanusiaan.
Terdahulu, Maria ditahan kerana cuba memudaratkan demokrasi berparlimen di pejabatnya di Petaling Jaya, Sabtu lalu.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW