loading...

Nabi Palsu Afrika Sembur Muka Pengikut Guna Racun Serangga

Satu upacara pengubatan pesakit yang cukup aneh dan berbahaya dengan menyembur racun serangga aerosol dilakukan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘nabi’ di daerah Limpopo, Afrika Selatan.

 

Lelaki tersebut, Lethebo Rabalago, 24, yang bijak berpidato mendakwa semburan racun serangga berjenama ‘Doom’ itu akan menyembuhkan penyakit yang dihidapi pengikutnya.

 

Ritual agama dan pengubatan yang dilangsungkan pada hujung minggu lalu di Perhimpunan Agung Mount Zion itu yang dilakukan ke atas sukarelawan gereja yang sakit itu dikatakan akan membawa kemuliaan Tuhan.

 

“Orang yang datang dengan kecederaan dan selepas mereka disembur dengan racun serangga Doom, mereka sembuh,” katanya.

 

Gambar-gambar ritual tersebut kini tersebar di media sosial dan mengundang kecaman netizens kerana ia boleh membahayakan kesihatan individu yang terkena semburan bahan kimia tersebut.

 

Netizen juga menyelar ‘kebodohan’ pengikut nabi palsu itu yang gagal membezakan baik buruk tindakan tersebut.

 

Sementara itu, syarikat pembuat racun serangga Doom dalam kenyataannya menggesa Rabalago menghentikan ritual tersebut.

 

“Kami mendapati tindakan itu membimbangkan, sangat jelas tidak selamat menyembur sebarang produk Doom atau mana-mana racun serangga pada muka manusia

 

“Produk Doom dibuat untuk membunuh serangga tertentu seperti dijelaskan pada pembungkusan tin.

 

“Menggunakan produk ini untuk tujuan lain boleh menimbulkan risiko kesihatan dan berbahaya,” jelas kenyataan pengeluar racun serangga itu. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...