KUALA LUMPUR – Pelakon Nadiya Nisaa belum bersedia kongsi kisah kehilangan anak kedua dalam kandungannya pada 31 Julai lalu.
Nadiya atau nama penuhnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 31, berkata, beliau kini semakin pulih dan sudah pun selesai daripada tempoh berpantang.
“Saya belum bersedia untuk bercakap mengenai perkara itu. Alhamdulillah, setakat ini saya semakin pulih.
“Saya juga bersyukur apabila keluarga, terutamanya suami, sentiasa memberikan sokongan dan semangat,” katanya, memetik laporan BH.
Terdahulu, anak dalam kandungan Nadiya yang berusia kira-kira lapan bulan meninggal dunia pada 31 Julai lalu. Berita itu disahkan oleh suaminya, Saiful Razman Mohd Kasim, ketika beliau menjalani pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW