Bekas finalis Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Sharul nafi dakwaan dia ‘dibela’ lelaki dan menjalin hubungan songsang.
Sharul, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman berkata, dia terkejut dengan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai perkara yang tidak masuk akal.
“Itu semua fitnah kerana saya masih lelaki sejati. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya lelaki songsang,”katanya, memetik laporan Harian Metro.’
Katanya, buat masa sekarang dia belum berjumpa dengan wanita yang sesuai
“Saya memang tertekan dengan tuduhan itu kerana ia sama sekali tidak benar dan tidak masuk akal. Sebagai orang Islam, saya tahu apa itu halal haram,” katanya.
Bagaimanapun, Sharul tidak menafikan pernah menemui lelaki yang didakwa mempunyai hubungan intim dengannya bagaimanapun menolak mereka menjalin hubungan terlarang.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Anthony Loke Berdepan Penerbangan Cemas, Puji Laya ...

Dalami Erti Pengorbanan: Pesan Sultan Pahang, Teng ...

Kasih Tak Minta ...

Selepas Sana Twice, G-dragon Dikatakan Bercinta De ...