loading...

Syamsul Yusof Sahkan Isteri Hamil

JAKARTA – Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengesahkan isterinya Puteri Sarah Liyana, 30, yang juga seorang pelakon kini sedang hamil anak sulung mereka.

 
Syamsul memberitahu, kandungan yang berusia hampir tiga bulan itu dirahsiakan kepada umum kerana masih di peringkat awal.

 
“Sebenarnya saya tak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah masih di peringkat awal .
Malahan, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu.

 

“Tak sampai hati nak berahsia lebih lama bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada Mac 2014 dan pernah mengalami saat duka apabila Sarah keguguran pada awal perkahwinan mereka.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...