KUALA LUMPUR – Pelakon Nadiya Nisaa, 31, mengesahkan dirinya sudah bertudung sejak Ramadan lalu.
Katanya, ketika itu dia masih mengandungkan bayi keduanya.
“Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba mengenakan tudung.’
‘
“Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah,” katanya yang mengakui sudah lama menyimpan hasrat tersebut, namun terpaksa akur dengan kontrak kerjanya, lapor
Menurut Nadiya, perubahan itu disambut baik oleh suaminya, Saiful Razman Kasim yang lebih gemar melihat wajah ayunya bertudung.
“Ayat pertama yang keluar dari mulutnya memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya,” ujarnya.
Pelakon yang sedang menjalani penggambaran telefilem Kari Sanjana itu, pihak produksi juga tiada masalah untuk menawarkan watak bersesuaian dengan imej terbaharunya.
Pada 31 Julai lalu, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Sampai Kena Boo, Peminat Bengang Konsert G-drago ...

Poco F7 Pro & F7 Ultra Malaysia: Spesifikasi, ...

Sultan Pahang Ingatkan Rakyat Agar Sentiasa Berhat ...

Kajian Literatur: Maksud & Panduan Penulisan ...