JOHOR BAHRU – Dua penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh dua beranak, 21 September lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan dibuat oleh R. Subramaniam, dan L. Ubaneswaran, masing-masing berusia 20 tahun ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.
Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh M. Mariayee, 56, dan C. Durga Devi, 16, di sebuah rumah di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram Johor Bahru, 21 September lalu.
Pendakwaan
Mahkamah menetapkan 1 November ini bagi mendapatkan laporan bedah siasat kematian kedua-dua mangsa.
Dua beranak itu ditemui dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman di beberapa anggota badan di sebuah bilik oleh anak kedua mangsa, C. Perabakaran kira-kira 10.30 pagi pada hari kejadian. – Awani
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Tecno Camon 40 Pro: Spesifikasi, Varian, Harga, Ka ...

Gempa Bumi Myanmar: Malaysia Sedia Bantu, Ucap Tak ...

Masih Hidup Selepas Terjatuh Dari Tingkat 10 ...

Aliran Trafik Gua Musang Mula Sesak Hari Ini ...