Barcelona – Jet peribadi pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo terbabas ketika mendarat, Isnin lepas.
Jet tersebut dikatakan terbabas ketika mendarat di lapangan terbang El Prat di Barcelona, seperti yang dilaporkan dalam Mirror UK.
Menurut saksi kejadian, gear pendaratan jet berkenaan patah ketika mendarat, menyebabkan pesawat berkenaan terbabas di bahagian tepi landasan.
Ekoran daripada itu, landasan tersebut terpaksa ditutup dan juruterbang hanya mengalami cedera ringan dan telah
Menurut sumber, Cristiano dan keluarga tidak berada di dalam pesawat berkenaan.
“Cristiano Ronaldo, ahli keluarganya atau kawan-kawannya tidak berada dalam pesawat ketika kejadian,” katanya.
Cristiano telah membeli Pesawat jenis Gulfstream G200 dengan harga RM80,4 juta.
Selain daripada menggunakan sendiri pesawat tersebut, beliau turut menyewakannya kepada pihak yang berminat.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas, Netizen Naik Ri ...

Popiah Pisang Berkeju, Manis & Rangup Dalam Sa ...

Carta Organisasi Kelas: Maksud & Contoh ...

#hiburan: Orang Tak Boleh Plagiat Jiwa Sesuatu Je ...