KOTA BHARU – Keadaan kesihatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dilaporkan serius sejak dimasukkan ke Cardiac Intensive Care Unit (CICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ), semalam, lapor TV3.
Video yang berdurasi 0:43 saat ini menjadi viral di media sosial sejak tengah malam tadi apabila Sultan Muhammad ke-V Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra yang juga putera sulung sultan Kelantan masuk ke perkarangan hospital tersebut.
Menurut sumber Istana, baginda dikhabarkan tidak sedarkan diri dan hanya dibantu mesin pernafasan.
Dalam pada itu, di media sosial ramai yang mendoakan kesihatan Sultan Ismail pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Baginda merupakan pesakit angin ahmar dan jantung, serta memerlukan rawatan lanjut atau susulan yang berterusan.
Sultan Ismail Petra gering sejak Mei 2010, telah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian; dan Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
LAPORAN DAN VIDEO MENYUSUL.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW