loading...

TMJ Individu Paling Layak Teraju FAM

KUALA LUMPUR – Nama Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan ibrahim dicadangkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris haron supaya beliau mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM.

 

Hal ini ekoran kerana jawatan tersebut akan dikosongkan kerana Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan mempertahankan jawatan tersebut.

 

Menurut Idris, kejayaan TMJ mengurus dan mentadbir pasukan Johor sehingga merangkul banyak kejayaan termasuk gelaran Liga Super sebanyak 3 musim berturut-turut serta menyediakan prasarana bola sepak menjadi bukti kredibilitinya.

 

Dalam pada itu, mengenai perlawanan bola sepak di antara Melaka United dengan Sime Darby, pihaknya akan memberikan tiket percuma kepada penyokong untuk menyaksikan perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Hang Jebat pada pukul 9 malam, 22 Oktober ini.

 

Beliau menyasarkan seramai 30 000 penonton akan membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut.”Saya menjangkakan lebih 30,000 penonton akan menyaksikan perlawanan itu di mana Melaka United akan dinobatkan sebagai juara Liga Perdana,” katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...