loading...

Safiey Kecam Perempuan Tak Pandai ‘make Up’

Jutawan Kosmetik, Safiey Ilyas yang pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau berubah penampilan daripada berpakaian wanita kepada lelaki dan kemudiannya tampil semula berpakaian wanita, kini bangkit dengan satu lagi kontroversi apabila beliau mengecam wanita yang tidak pandai ‘make up’.

 

Menurut dalam satu muatnaik status di akaun Instagram miliknya, beliau sangat membenci wanita yang tidak pandai ‘make up’ yang beliau sifatkan sebagai kusam dan bercapuk.

 

“Hasil make up pakai Tomford, tak ada lah tebal macam kita pakai MAC, ini sekadar nak berkongsi sebab benci nak mampus tengok perempuan makeup kusam dan bercapuk.

 

“Baik tak payah jadi perempuan kalau makeup macam haram, huhuhu laser betul ni,” katanya dalam akaun Instagram miliknya.

 

Terdahulu, beliau kembali berpakaian seperti wanita selepas beliau mengangap dirinya sudah penat untuk menjadi baik kerana seringkali di kecam oleh masyarakat dalam apa jua tindakan yang dilakukannya.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...