loading...

Serik Taja Bola Sepak, Vida Mahu Buka Studio Drama Pula

KUALA TERENGGANU — Kecewa dengan prestasi hambar pasukan The Red Warriors (TRW) selepas berjuta ringgit dilaburkan, pengasas Vida Beauty kini beralih tumpuan kepada industri seni.

 

Datuk Seri Hasmiza Othman berkata beliau kini sedang membina sebuah studio penggambaran di Shah Alam, Selangor dan mahu tumpu kepada perniagaan produk jamu kecantikan dan kesihatan miliknya.

 

“Saya sedang bina studio penggambaran di Shah Alam yang kini dalam proses pengubahsuaian dan akan banyak terbitkan drama,” katanya dilapor Harian Metro.

 

“Saya akan menilai semula mengenai tajaan dengan TRW,” katanya, merujuk kepada pasukan bola sepak Kelantan.

 

Hasmiza, atau lebih dikenali Vida berkata dirinya juga berkecil hati apabila dikecam teruk di media sosial sejak terlibat dalam industri bola sepak.

 

“Selain membelanjakan wang yang banyak, saya juga dikecam teruk termasuk di laman sosial sejak terbabit dengan bola sepak.

 

“Macam-macam orang kata dan memang pedih serta sungguh kecil hati berbanding apa yang saya lakukan untuk TRW,” katanya.

 

Vida menaja Kelantan selama dua musim dengan jumlah RM16 juta namun meletakkan beberapa syarat, antaranya mengubah nama skuad kepada Pamoga Qu Puteh TRW dan mengecat Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu kepada warna merah jambu. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...