loading...

RUU355 bukan hukum Allah

PULAU PINANG – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila wujud segelintir agamawan orang islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang(RUU) bagi meminda akta mahkamah Syariah melalui satu kenyataan.

 

Menurut beliau, beliau tidak menafikan betapa pentingnya memperkasa mahkamah syariah namun beliau mengesa agar ia dibincangkan dengan teliti dari pelbagai aspek.

 

“Biarlah ia dibincang terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.

 

“Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada mufti Pulau Pinang itu merujuk langsung kepada kes RUU ini.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa RUU ini bukan hukum Allah tapi merupakan satu langkah dalam memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.

 

“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT yang sakral.

 

“Tetapi RUU 355 bukan hukum Allah SWT. Ini hanya merupakan satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia yang akan dibentangkan nanti.

 

“Kemungkinan wujud kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU tersebut yang perlu diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang,” ujarnya.

 

Sebelum ini, Kerajaan telah memberikan kebenaran kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi bagi membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat namun beliau memohon untuk menangguhkan ke sidang bulan depan kerana tidak cukup masa untuk dibentangkan.

 

Dalam isu berkaitan, satu video menjadi viral apabila seorang ustaz menjadi viral apabila video tersebut memberi maran kepada Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Ismail agar menyokong RUU dan jika tidak beliau akan menanam Azizah di kubur Cina.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...