loading...

Jangan Hanya Pandai Kritik TPM Tapi Fahami Intipati Ucapannya Kata Anifah Aman

 

KUALA LUMPUR –  Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menasihati rakyat Malaysia yang mengkritik penyampaian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini supaya meneliti intipati dan mesej yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri itu.

 

 

Menerusi kenyataannya, beliau berkata, sikap segelintir rakyat Malaysia yang memperbesar-besarkan isu penyampaian Timbalan Perdana Menteri itu amat mendukacitakan.

 

 

“PBB mempunyai pelbagai negara anggota dan selalunya kita dapati para pemimpin menyampaikan ucapan mengikut telor atau gaya bahasa ibunda. Apa yang penting ialah mesej yang mereka ingin sampaikan difahami dan pandangan ditujukan kepada ahli-ahli PBB.

 

 

“Mesej yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah diterima oleh semua negara seperti yang ditunjukkan oleh wakil-wakil mereka yang berterima kasih dan mengucapkan tahniah selepas beliau berucap,” katanya.

 

 

Terdahulu, Ahmad Zahid yang berucap di pentas PBB itu telah menyatakan komitmen Malaysia terhadap Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari, selain pendirian berhubung isu perubahan iklim, pelarian dan migran, pengganas dan Palestin.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...