JEDDAH – Keputusan Majlis Menteri-Menteri Isnin lalu untuk mengurangkan gaji dan faedah sampingan menteri-menteri dan ahli-ahli Majlis Syura secara tidak langsung mendedahkan beberapa elaun yang tidak pernah diketahui wujud sebelum ini.
Kebanyakan penduduk Arab Saudi tidak tahu terdapat elaun khas dan peruntukan untuk “penampilan”, “tugas-tugas sukar” dan “misi berisiko”.
Pemotongan itu membabitkan sejumlah 51 elaun dan faedah sampingan yang dibayar kepada menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
“Saya tidak pernah tahu bahawa juruwang di kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dibayar elaun ‘kejujuran’,” kata
“Saya terkejut apabila mengetahui jurutaip dibayar elaun menaip sedangkan mereka dibayar gaji untuknya,” katanya.
Gaji menteri dipotong kira-kira 20 peratus, sekali gus mengurangkan emolumen bulanan dari SR51,750 (RM57,127) kepada SR41,400 (RM45,701).
Pendapatan ahli Majlis Syura pula dipotong sebanyak 15 peratus, menjadi SR22,483 (RM24,814) berbanding SR26,450 (RM29,193) sebelumnya.
Terdapat 143 menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang berpangkat menteri. – Agensi
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Sering Disisihkan Semasa Kecil? Ini 11 Ciri Yang M ...

Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia Dakwa Jati Di ...

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm ...

Spurs Selangkah Ke Final Liga Europa ...