loading...

Hanya 28 Saat Samun Kedai Emas

SEREMBAN – Dalam masa 28 saat, dua lelaki yang bersenjatakan pistol, melarikan barangan kemas bernilai RM50,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, hari ini.

 

 

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi itu, suspek yang memakai topi dan berkaca mata hitam masuk ke premis tersebut sebelum mengarahkan pekerja kedai mengeluarkan dulang berisi emas.

 

 

Katanya, suspek mengacukan senjata tersebut ke arah tiga pekerja perempuan yang turut berada di dalam premis semasa kejadian.

 

 

“Suspek mengarahkan pekerja premis agar mengeluarkan dulang berisi emas sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

 

Semasa kejadian, enam pekerja perempuan ada bersama dengan pemilik kedai.

 

 

 

“Kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek hanya mengambil masa lebih kurang 28 saat untuk melarikan sebuah dulang berisi subang emas dan anggaran kerugian kira-kira RM50,000,” katanya.

 

 

Terdahulu, premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan sejak beroperasi 24 tahun yang lalu.

 

 

Polis masih menjejak suspek dalam ops yang diadakan di sekitar kawasan itu.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...