KUALA LUMPUR – Umno dan Barisan Nasional (BN) secara prinsip bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk mengawal selia dana dan sumbangan politik menerusi perundangan baharu.
Walau bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan itu harus dipersetujui bersama oleh pihak pembangkang.
“Umno pada prinsipnya dah lama setuju kerana ia diperjuangkan oleh kerajaan.
“Ini bukan perkara baharu malah sebelum pilihan raya dulu lagi saya sebutkan bahawa kita perlukan kaedah dana politik yang baharu, lebih telus dan boleh dipantau oleh pihak yang objektif dan neutral.
“Kita perlu menyokong kaedah baharu ini dan ia perlu disokong kedua-dua pihak. Tak
Namun menurut Najib, cadangan berkenaan perlu dikaji dengan lebih mendalam termasuk kemungkinan melakukan beberapa penambahbaikan mengenainya.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low berkata, JKNMPP akan menyarankan kepada kerajaan untuk membentangkan perundangan baharu itu menerusi Akta Perbelanjaan dan Sumbangan Politik.
Antara cadangan yang dikemukakan adalah akaun parti politik diaudit dan dana lebih RM3,000 perlu diisytiharkan. – mstar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Sar Cari Budak Autisme Hilang Di Baling Disambung ...

Tak Ramai Tahu Nama Saya.. Lee Kwangsoo Kongsi ...

Sukses Capai Jualan Rm250 Juta Sebelum Raya, Kontr ...

Kantoi Kongsi Tips Elak Cukai Gst Di Media Sosia ...