SHAH ALAM – Satu kajian Isu dan Persepsi Pengundi Selangor daripada Institut Darul Ehsan (IDE) mendedahkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah lebih dikenali berbanding Parti Amanah Negara (AMANAH).

 

Menurut timbalan pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebanyak 35 peratus responden di negeri ini daripada 1,761 pengundi  yang ditemui mengaku bahawa lebih mengenali Bersatu, namun bagi amanah pula adalah lebih sedikit berbanding bersatu namun jumlah tersebut tidak dinyatakan.

 

“Bila kita buat kaji selidik, kita tanya mereka pernah dengar Bersatu atau tidak? Hampir 35 peratus responden kita pernah dengar.

 

“Berbeza dengan Amanah. Data Amanah ini saya tidak mahu sebut. Tapi peratusannya lebih rendah daripada Bersatu. Angkanya ada tapi saya tidak sebut,” katanya ketika ditemui media selepas sesi pembentangan di sini, semalam.

 

Tambah beliau, situasi ini