loading...

Orang Asli, Syarikat Pembalakan Berebut Tanah Adat

GUA MUSANG – Kawasan pembalakan di dalam hutan dekat sini menjadi ‘rebutan’ antara masyarakat orang asli dengan syarikat pembalakan.

 

Orang asli mendakwa sebidang tanah yang terletak antara Pos Tohoi dan Pos Simpor, kira-kira pemanduan selama dua jam 30 minit dari bandar Gua Musang adalah tanah nenek moyang mereka.

 

Pembalak pula mendakwa mereka diberikan konsesi untuk menebang balak di kawasan tersebut.

 

Pada Rabu, berlaku konfrontasi ganas antara masyarakat orang asli dan kakitangan syarikat pembalakan tersebut dengan tiga orang asli ‘ditahan’ lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis.

 

Mereka dibebaskan sebaik sahaja menyedari tiada anggota polis beruniform atau kenderaan polis di lokasi berdekatan.

 

Peguam dan juga aktivis orang asli, Siti Kasim yang bertemu dengan sekumpulan orang asli tersebut awal pagi Khamis ketika mereka pergi ke Balai Polis Daerah Gua Musang untuk membuat laporan polis, berkata masyarakat itu akan meneruskan perjuangan mereka.

 

“Mereka beritahu saya, sebelum mereka meninggalkan kawasan itu, mereka sudah mengarahkan anak-anak muda untuk membina semula sekatan.

 

“Mereka tetap akan terus membina sekatan itu,” katanya.

 

Masyarakat orang asli itu mendakwa kawasan tersebut adalah sebahagian daripada tanah adat mereka dan terkejut dengan tahap penebangan balak di hutan berkenaan.

 

Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak mendapatkan maklumat daripada orang asli, justeru mereka menolak rancang meratakan hutan itu dan melakukan penanaman semula di kawasan itu dengan tanaman pokok getah.

 

“Apabila mereka membangunkan kawasan itu, mereka memusnahkan segala-galanya di dalam hutan tersebut,” kata Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Azmi Badul.

 

Syarikat pembalakan bagaimanapun memberitahu mereka mendapatkan lesen secara sah daripada Jabatan Perhutanan Kelantan.

 

Dengan kedua-dua pihak mempertahankan hak masing-masing, situasi semakin tegang dan keadaan boleh menjadi lebih rumit. – mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...