PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai calon pilihan Pakatan Rakyat untuk jawatan perdana menteri sekiranya parti pembangkang berkuasa selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai berkata rundingan lanjut mengenai siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri tidak perlu lagi dilakukan kerana Anwar sebelum ini sudah diputuskan untuk mengisi jawatan tersebut sekiranya pembangkang menang.
“Keputusan Anwar dipilih menjadi perdana menteri akan kekal melainkan Pakatan Harapan memutuskan sebaliknya pada masa akan datang.
“Setakat ini, kata sepakat tetap sama,” katanya kepada The Star, Selasa.
Tan berkata demikian bagi mengulas ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pelajar di London minggu lalu bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengisi jawatan tersebut jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Walaubagaimanapun, katanya, segala keputusan bergantung kepada ahli parti untuk menamakan Muhyiddin sebagai Presiden parti disamping persetujuan dari rakan pakatan pembangkang lain.
Dr Mahathir turut berkata perkara itu belum diputuskan lagi kerana bimbang ada pihak yang akan kecewa dan ianya akan memecahkan undi.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata walaupun Dr Mahathir mempunyai hak untuk menyatakan pandangan peribadinya mengenai perkara itu, beliau tidak patut ‘menggelabahkan’ sesiapa sahaja.
“Dr Mahathir tahu rakyat sentiasa memilih Anwar kerana pada pilihan raya umum yang lalu, 52 peratus undi popular memilih beliau untuk mengetuai pakatan pembangkang,” katanya. – mstar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW