SINGAPURA – Remaja berusia 17 tahun yang juga merupakan seorang blogger dijatuhi hukuman penjara sehingga enam minggu oleh mahkamah di sini.
Amos Yee mengaku bersalah ke atas enam tuduhan menyinggung perasaan penganut agama Islam dan Kristian, kata sumber mahkamah, lapor Agensi.
Dia diarahkan membayar denda AS$1400 (RM5,800) atas dua tuduhan melanggar arahan polis untuk menghadiri sesi soal siasat dan sebaliknya melarikan diri dari Singapura.
Hakim Ong Hian Sun berkata, Yee sengaja memilih untuk mendatangkan mudarat menerusi gambar dan dua video yang dimuat naik dalam talian yang dikatakan mengandungi kata-kata yang menyakitkan hati, menghina dan menggunakan bahasa tubuh yang tidak senonoh bertujuan menyinggung perasaan umat Islam dan Kristian.
Yee mula menjadi perhatian umum pada Mac 2015 apabila ditangkap selepas menyiarkan kata-kata kesat yang mengkritik agama Kristian dan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, tidak lama selepas kematiannya di YouTube.
Yee yang akan mula menjalani hukuman pada 13 Oktober, adalah seorang ateis dan sering memuat naik komen mengenai kepercayaannya di saluran media sosial.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW