LONDON — Pemain catur wanita berang susulan kejohanan dunia, yang akan diadakan tahun depan, di Iran mewajibkan mereka memakai tudung.
Ramai daripada 64 pemain utama dilaporkan ingin memulaukan kejohanan kalah mati tersebut.
Juara catur wanita Amerika Syarikat berkata peraturan itu bukan sahaja tidak munasabah malah mereka boleh dipenjarakan jika tampil tidak bertudung.
“Sangat tidak boleh diterima untuk menganjurkan kejohanan penting wanita di tempat yang memaksa mereka bertudung.
“Saya faham dan hormat perbezaan budaya tetapi gagal mematuhi peraturan itu boleh dipenjarakan dan akibatnya hak wanita sangat-sangat terbatas.
“Tidak selamat bagi wanita serata dunia untuk bermain di sana,” kata Nazi Paikidze seperti dilaporkan The Telegraph semalam.
Wanita di Iran diwajibkan berhijab
Wanita yang tidak memakai tudung di tempat awam boleh ditangkap, didenda atau diberi amaran.
Pengerusi Suruhanjaya Catur Wanita badan dunia pula berkata pemain perlu menghormati budaya Iran dan tidak menjadikan tudung penghalang acara itu.
Susan Polgar berkata pemain yang mempunyai masalah dengan peraturan tersebut boleh mengutarakan hal itu kepada pihaknya atau Persekutuan Catur Dunia (Fide).
“Saya secara peribadi tiada masalah memakai hijab asalkan ia seragam kepada semua pemain.
“Saya percaya penganjur sudah memberikan pilihan cantik kepada peserta kejohanan Grand Prix wanita sebelum ini,” beliau dilaporkan berkata. – MalayMail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Roti Gulung Ala Barat, Hidangan Ringkas Bikin Keta ...

Aktres Hong Kong Cari Calon Suami Malaysia ...

Resipi Telur Dadar Thai Berkeju, Tak Sampai 10 Min ...

Tukar Rumi Ke Jawi : Set Latihan Buat Anak-anak An ...