loading...

Kes Guan Eng Ditangguh

GEORGETOWN – Mahkamah Pulau Pinang menetapkan bahawa kes rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Ditangguhkan pada 6 Disember ini untuk pengurusan kes lanjut.

 

Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas pihak pembelaan memohon tempoh tambahan untuk meneliti dokumen pendakwaan setebal 13,000 muka surat.

 

Katanya, tempoh 2 bulan yang diberikan adalah mencukupi dan menegaskan bahawa kes berkenaan tidak boleh ditangguhkan.

 

Menurut Salah seorang peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo, terpaksa menyelaraskan dokumen kes setebal 13 000 muka surat dan ini perlu dilakukan agar prosiding pembicaraan dapat dilakukan dengan lancar.

 

“Ia satu prosedur biasa dalam kes mahkamah. Penyelarasan ini perlu untuk menyeragamkan dokumen kedua-dua pihak.

 

“Jika kita teruskan tanpa dilakukan penyelarasan indeks, maka prosiding perbicaraan akan mengambil masa yang panjang dan menimbulkan masalah,” katanya kepada media.

 

Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...